Wednesday, May 18, 2011

Harga RON95 disemak bulan depan

IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.


"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/HargaRON95disemakbulandepan/Article.

--------------------------------------------

Peh, Ron 95 pun naik jugak ke? Memanglah aku tak berapa kisah sebab Iswara aku guna NGV, tapi E36 aku cammana? Lepas tu pastinya harga barang lain pun meningkat sebab chain effect? Ke Kerajaan akan sedapkan hati aku dengan alasan "harga ini masih terendah berbanding negara-negara lain" dan "Kerajaan akan pastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan".

Tuesday, May 17, 2011

Yang mana lebih bagus; Kenderaan pacuan depan atau pacuan belakang?

Maklumat untuk mereka yang akan membeli kereta.

Aku copy dari site ni:> http://www.all-about-car-selection.com/rear-wheel-drive.html

There is an endless debate on automotive forums throughout the internet. Which is better; rear wheel drive (rwd) or front wheel drive (fwd)? Let's look at each.


Front Wheel Drive
Around since the 1920's, front wheel drive didn't catch on with American consumers until the gas crisis in the 1970's. As Americans struggled against high fuel prices, automakers began to seek new ways to increase fuel efficiency. The best way of course was to reduce the size (and thus the weight) of most vehicles. As Detroit aimed to make cars smaller, they needed a more efficient layout that would yield more interior room in a smaller package.
Front wheel drive was the solution. By placing the engine and transaxle in the front, there is no large transmission housing or driveshaft tunnel running through the passenger compartment. In addition, engines were positioned transversely to reduce the size of the engine bay. And there was another advantage as well. With 60% of its weight at the front, 40% at the back, fwd holds an advantage in slippery conditions such as ice or snow as more weight is over the drive wheels reducing slip during acceleration. But most of the advantages end there.

As most of the weight in up front, a fwd car is not as well balanced therefore it doesn't handle quite as well. Also, as vehicles continue to become more powerful, front wheel drive becomes more of a liability. Torque steer (when the steering wheel pulls to one side during acceleration) is a serious issue with many front wheel drive cars that exceed 250hp. As such, we've seen a resurgence in the popularity of rear wheel drive in more powerful vehicles.

Rear Wheel Drive
Prior to the fuel crises in the 1970's, rear wheel drive was king. Just about every vehicle, from economy to luxury, came with rear wheel drive. The shift from rear wheel drive to front took about a decade. Since the mid eighties, just about every economy car, family sedan, minivan and even many sport coupes came with front wheel drive. Luxury marks such as BMW and Mercedes-Benz continued on with rear wheel drive but Cadillac eventually moved every vehicle to front wheel drive. Once again, times have changed.

Over the last few years we've seen more and more vehicles (re) introduce rear wheel drive. Why? Well, it simple. As cars become more powerful it is difficult to have one set of wheels doing the steering and the accelerating. By having the front wheels do the steering, and the rear wheels driving the car, you get a better-balanced vehicle. This eliminates torque steer and improves acceleration. Rear wheel drive offers better weight distribution (much closer to 50/50 than fwd), which in turn offers more predictable handling. Finally, with the advent of traction control and stability management systems, the front wheel drive advantage in slippery conditions has been significantly reduced.

More and more rwd vehicles have the option of AWD as well. If nothing else, this is a great way for automakers to hedge their bets. Still, some consumers are skeptical of rear wheel drive. Perhaps they are the victims of clever marketing by Madison Ave. that tried to get people to accept fwd and forget all about the virtues rear wheel drive. They did a great job. Perhaps too good.
Today cars are more powerful yet yield better fuel economy. As such, we can look at fwd and rwd more objectively. Is one better than the other? Fwd still holds an advantage in terms of packaging efficiency, offering greater interior room in a smaller package.

Rear wheel drive provides better handling and acceleration and with the addition of traction control, virtually eliminates the fwd advantage in the snow. In the end, it depends on what you want from your car. If it's performance, you're looking at rwd. If you're indifferent, perhaps looking for a small car with greater interior volume, it's front wheel drive for you.

Over the last 20 years, technology has improved both layouts, reducing the advantages of fwd to a point where rwd is a viable option for most people. Ultimately, you've got more choice, and when more choice is offered we all win.

Sunday, May 15, 2011

Cahaya mata ku

Untuk tatapan ahli keluarga tersayang dan sahabat, dikhaskan kepada adindaku Muhd Taufiq Adib yang kini berada di Mesir. Beberapa gambar Afiq dan Damia.





Aku dan NGV (Siri 1)

Kali ni aku nak bercerita pengalaman sebenar aku menggunakan Natural Gas Vehicle atau singkatannya NGV. Seperti aku maklumkan sebelum ini aku berkerja di KL dan tinggal di N9, dengan jarak sehala sejauh 55km. Jauh kan? Kalau aku cerita kat orang kampung, tak ramai yang boleh percaya punyalah jauh aku travel pegi balik kerja setiap hari. Nak buat macammana, terpaksa pilih rumah jauh dari KL, sebab harga rumah di KL dah mahal dan aku tak betah duduk di rumah seperti kondominium atau pun teres 2 tingkat.

Untuk makluman semua, kos anggaran petrol sehari untuk perjalanan sejauh 110km menggunakan Proton Iswara ialah RM15. Oleh itu kos sebulan untuk 22 hari bekerja ialah sebanyak RM330. (Petrol sahaja ya, kos tol RM7.60 sehari belum dikira lagi). Sekiranya setahun, kos petrol aku ialah RM3,960.

Dengan NGV, kos anggaran gas sehari ialah RM7. Kos sebulan ialah RM154 dan kos setahun RM1,848. Penjimatan setahun sebanyak RM2,112 atau RM176 sebulan. Atas pertimbangan nilah aku memutuskan untuk menggunakan NGV. Dengan kos pemasangan sebanyak RM2,800, Return of Investment (ROI) dinikmati pada bulan ke 15 aku menggunakannya.

Pemasangan sistem dibuat di bengkel Suria NGV dekat dengan Stesen Minyak Petronas Batu Cave, sebelah Giant. Sedikit gambar komponen sistem NGV ialah seperti berikut:







Eh, jam dah pukul 6 lah. Nak kena tangguh setakat ini dahulu kerana dah masa untuk main sepak takraw dengan kawan-kawan satu taman ni. Kita bersambung di Siri 2 akan datang ya. Jumpa lagi!

BMW E36

BMW ialah singkatan kepada Bavaria Motor Works. Tapi ada jugak orang kata BMW stands for Banyak Masuk Workshop, Banyak Makan Wang, Bring More Worries, Be My Wife, Bring More Women dan sebagainya. Heheheh.

Di dalam blog ini aku akan berkongsi pengalaman memiliki kereta ni, terutamanya dari segi pengalaman pemanduan, masalah dan kos pemilikan (yang ni mesti ramai nak tau). Malam ni aku dah penat, so buat masa ni enjoy dulu gambar lama kereta aku. Model dalam gambar ni ialah anak aku iaitu Muhammad Afiq Husaini.


Saturday, May 14, 2011

Hari lahir Abah pada hari ini 14 Mei

Nama abah Muhamad. Orang di kampung panggil Haji Salam. Bekerja sebagai peniaga kedai dan pekebun kelapa sawit dan mempunyai kepakaran bertukang.



Jangan terkejut kalau aku cakap, rumah batu kami di kampung abah telah buat sendiri dan beliau pernah maklumkan rumah itu dibuat secara cuba-cuba tanpa ada mempelajari membina rumah secara formal. Rumah tersebut telah siap semasa aku berumur 6 tahun dan syukur pada Allah, rumah tersebut masih berdiri teguh walaupun ada sebahagian bumbung zing telah berkarat dan harus diganti. Abah ada bercerita semasa pembinaan rumah, pasak rumah tersebut menggunakan kayu bakau yang diambil dari sekitar sungai Sembrong secara menariknya di kawasan paya dengan meredah air setinggi leher (memang amat berani, sebab time tu mungkin ada buaya dan ular).

Apa yang aku ingat masa aku kecil dulu dalam (usia 5 tahun aku) selalu ikut abah naik motor ke kebun. Kalau tangan aku luka berdarah kena daun lalang, abah akan cepat2 kunyah rumput dan tampal rumput tu di tangan aku. Semasa usia dalam sekolah rendah, aku selalu ikut abah dan mak pergi ambil kelapa sawit kat kebun. Tapi aku cuma bantu kumpul kelapa yang gugur. Lepas dapat duit kelapa, mak/abah akan bagi aku upah lima ringgit (rasanyalah, dah lupa).

Abah dulu pernah beli kereta Toyota Wagon. Gambar kereta tu memang aku takde dah. Tapi lebih kurang macam ni


Umur aku dalam 6 atau 7 tahun semasa kereta tu abah beli. Hari pertama abah balik kereta tu ke rumah, punyalah seronok (sebab tak sangka abah beli kereta), aku duk main dalam tu sampai rasa nak tidur aje dalam kereta tu. Rasanya kereta tu bertahan sehingga aku masuk matrik, terpaksa dijual sebab enjin dah semakin uzur dan banyak bumbungnya yang dah bocor. Bila aku fikirkan balik sekarang, pandainya abah sebab pilih Toyota dan bukan Proton Saga. Memang bentuk kurang cantik, tapi pastinya memandu kereta Toyota berkali ganda lebih puas dari memandu Proton Saga. Sebenarnya dengan kereta tu jugak aku belajar memandu dengan abah. Pertama kali belajar memandu ialah di kawasan lapang di kawasan baruh kampung aku.

Di kampung, abah seorang yang amat baik dan disenangi oleh orang kampung. Abah merupakan Imam 2 di Surau sekarang. Masih aktif mengetuai J/kuasa memasak bagi majlis-majlis seperti kenduri kahwin, maulidur rasul dan sebagainya.

Hari ni hari jadi abah yang ke 70 tahun. Abah lahir pada 14 Mei 1941. Pada hari ini, di kampung Mak, Kak Tina dan keluarga, Mimi, Irul dan lain-lain telah meraikan hari lahir abah.




Terima kasih Abah dan Mak atas segala jasa dan pengorbanan abah dan mak. Tanpa abah dan mak, siapalah Ipul ini sekarang. Ampunkan Ipul jika Ipul ada melukakan hati mak dan abah. Ipul sayang mak dan abah!

Pengenalan

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sebenarnya ini adalah percubaan kedua aku untuk berblog setelah blog pertama sebelum ini tidak menjadi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Blog ini lebih bersifat penulisan peribadi, dikhususkan untuk menjadi online diary seperti catatan pengalaman lampau, aktiviti harian, perkongsian nota ceramah agama yang dihadiri, aktiviti, hobi, pandangan peribadi dan lain-lain.

Sedikit pengenalan tentang diri aku. Nama aku Saiful, berasal dari Johor, sekarang menetap di Negeri Sembilan dan bekerja di Kuala Lumpur. Berusia 32 tahun, mempunyai seorang isteri yang cantik, rajin dan penyabar, dan 2 orang anak comel; yang lelaki berusia 3 tahun 6 bulan dan yang perempuan pula berusia 3 bulan.

Mempunyai pengalaman kerja sebagai pembantu jualan di kedai kek dan roti selama 6 bulan, pensyarah IT di kolej selama 2 setengah tahun dan pada masa sekarang bertugas sebagai penjawat awam di salah satu Agensi Kerajaan.

Rasanya itu sahaja setakat ini...Selamat membaca...