Untuk makluman semua, kos anggaran petrol sehari untuk perjalanan sejauh 110km menggunakan Proton Iswara ialah RM15. Oleh itu kos sebulan untuk 22 hari bekerja ialah sebanyak RM330. (Petrol sahaja ya, kos tol RM7.60 sehari belum dikira lagi). Sekiranya setahun, kos petrol aku ialah RM3,960.
Dengan NGV, kos anggaran gas sehari ialah RM7. Kos sebulan ialah RM154 dan kos setahun RM1,848. Penjimatan setahun sebanyak RM2,112 atau RM176 sebulan. Atas pertimbangan nilah aku memutuskan untuk menggunakan NGV. Dengan kos pemasangan sebanyak RM2,800, Return of Investment (ROI) dinikmati pada bulan ke 15 aku menggunakannya.
Pemasangan sistem dibuat di bengkel Suria NGV dekat dengan Stesen Minyak Petronas Batu Cave, sebelah Giant. Sedikit gambar komponen sistem NGV ialah seperti berikut:
Eh, jam dah pukul 6 lah. Nak kena tangguh setakat ini dahulu kerana dah masa untuk main sepak takraw dengan kawan-kawan satu taman ni. Kita bersambung di Siri 2 akan datang ya. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment