Saturday, May 14, 2011

Hari lahir Abah pada hari ini 14 Mei

Nama abah Muhamad. Orang di kampung panggil Haji Salam. Bekerja sebagai peniaga kedai dan pekebun kelapa sawit dan mempunyai kepakaran bertukang.



Jangan terkejut kalau aku cakap, rumah batu kami di kampung abah telah buat sendiri dan beliau pernah maklumkan rumah itu dibuat secara cuba-cuba tanpa ada mempelajari membina rumah secara formal. Rumah tersebut telah siap semasa aku berumur 6 tahun dan syukur pada Allah, rumah tersebut masih berdiri teguh walaupun ada sebahagian bumbung zing telah berkarat dan harus diganti. Abah ada bercerita semasa pembinaan rumah, pasak rumah tersebut menggunakan kayu bakau yang diambil dari sekitar sungai Sembrong secara menariknya di kawasan paya dengan meredah air setinggi leher (memang amat berani, sebab time tu mungkin ada buaya dan ular).

Apa yang aku ingat masa aku kecil dulu dalam (usia 5 tahun aku) selalu ikut abah naik motor ke kebun. Kalau tangan aku luka berdarah kena daun lalang, abah akan cepat2 kunyah rumput dan tampal rumput tu di tangan aku. Semasa usia dalam sekolah rendah, aku selalu ikut abah dan mak pergi ambil kelapa sawit kat kebun. Tapi aku cuma bantu kumpul kelapa yang gugur. Lepas dapat duit kelapa, mak/abah akan bagi aku upah lima ringgit (rasanyalah, dah lupa).

Abah dulu pernah beli kereta Toyota Wagon. Gambar kereta tu memang aku takde dah. Tapi lebih kurang macam ni


Umur aku dalam 6 atau 7 tahun semasa kereta tu abah beli. Hari pertama abah balik kereta tu ke rumah, punyalah seronok (sebab tak sangka abah beli kereta), aku duk main dalam tu sampai rasa nak tidur aje dalam kereta tu. Rasanya kereta tu bertahan sehingga aku masuk matrik, terpaksa dijual sebab enjin dah semakin uzur dan banyak bumbungnya yang dah bocor. Bila aku fikirkan balik sekarang, pandainya abah sebab pilih Toyota dan bukan Proton Saga. Memang bentuk kurang cantik, tapi pastinya memandu kereta Toyota berkali ganda lebih puas dari memandu Proton Saga. Sebenarnya dengan kereta tu jugak aku belajar memandu dengan abah. Pertama kali belajar memandu ialah di kawasan lapang di kawasan baruh kampung aku.

Di kampung, abah seorang yang amat baik dan disenangi oleh orang kampung. Abah merupakan Imam 2 di Surau sekarang. Masih aktif mengetuai J/kuasa memasak bagi majlis-majlis seperti kenduri kahwin, maulidur rasul dan sebagainya.

Hari ni hari jadi abah yang ke 70 tahun. Abah lahir pada 14 Mei 1941. Pada hari ini, di kampung Mak, Kak Tina dan keluarga, Mimi, Irul dan lain-lain telah meraikan hari lahir abah.




Terima kasih Abah dan Mak atas segala jasa dan pengorbanan abah dan mak. Tanpa abah dan mak, siapalah Ipul ini sekarang. Ampunkan Ipul jika Ipul ada melukakan hati mak dan abah. Ipul sayang mak dan abah!

No comments:

Post a Comment