Saturday, May 14, 2011

Pengenalan

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sebenarnya ini adalah percubaan kedua aku untuk berblog setelah blog pertama sebelum ini tidak menjadi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Blog ini lebih bersifat penulisan peribadi, dikhususkan untuk menjadi online diary seperti catatan pengalaman lampau, aktiviti harian, perkongsian nota ceramah agama yang dihadiri, aktiviti, hobi, pandangan peribadi dan lain-lain.

Sedikit pengenalan tentang diri aku. Nama aku Saiful, berasal dari Johor, sekarang menetap di Negeri Sembilan dan bekerja di Kuala Lumpur. Berusia 32 tahun, mempunyai seorang isteri yang cantik, rajin dan penyabar, dan 2 orang anak comel; yang lelaki berusia 3 tahun 6 bulan dan yang perempuan pula berusia 3 bulan.

Mempunyai pengalaman kerja sebagai pembantu jualan di kedai kek dan roti selama 6 bulan, pensyarah IT di kolej selama 2 setengah tahun dan pada masa sekarang bertugas sebagai penjawat awam di salah satu Agensi Kerajaan.

Rasanya itu sahaja setakat ini...Selamat membaca...

No comments:

Post a Comment